Thursday, 29 December 2011

Telapak Kaki Syurga Ibu


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan  malam di dapur,
lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron sambil menyambut
kertas yang dihulurkan oleh anaknya...
lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos menyusukan kamu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
surat yang diberikan pada ibunya tadi.

P/s:Aku lempang jugak ni budak ni sorang,ada ke patut berkira dgn ibu dia.hahaha....hmm..,
Sayangilah Ibu anda,selagi beliau masih ada lagi disisi anda & ingatlah  kasihnya tidak akan dapat dibayar dengan harta benda!


18 comments:

umie naziera said...

pengorbanan dyorang tak ternilai...

Kikien Omar said...

Saya juga SAYANG MAK saya! ^^

ILA HonEyBuNNy said...

ya hargailah ibu dan bapa kita...

tetiba teringat mama..eheh

Cik Jannah said...

tak ternilai. :)

CintaKhadijah said...

ck nk join lempang budak tu jgk boleh?akekeke..

kasih ibu tak terbalas walau dngn segunung berlian.

:)

chemay said...

chemay sayanggggg makkkkk
:(

iszieylyanziy said...

nak sangat diberi peluang dan kesempatan nak balas jasa parents,,walaupon pembalasan tu tak setimpal dengan pengorbanan mereka! love ummi n abah :)

TwIstiEs*meSti Mau* said...

bagus2....ni baru anak yang baik...huhu...
erm,ck laa...budak tuu...nk kena pelangkung ni???
hahaha

CintaKhadijah said...

oit2! ck plak.. ck mintak duit nak beli cekedis je lah. akekeke..

TwIstiEs*meSti Mau* said...

hoo..mkn cekedis sorg2 nyerr...kedekut tol laaa...hahaha

fiezah91 said...

hehe. kasih mak terhadap anak tak ternilai :)

Ct Aja said...

hihihihi, biasa la budak2 suh pi kedai pun nak upah..hiihih

zareliqa afiqa said...

huhu~ kuang asam punya anak! suke2 atie jek mintak upah..

Nurnajwa KZ said...

Hahaha bertuah btol -.-

yanieyeap said...

saya anak emak!!he..

Caythrine Amanda said...

Oh kasihnya seorg ibu...hargai ia selagi masih ada. Tp sy dh tiada ibu...:-/

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

pengorbanan ibu tiada harganye...

milo said...

lempang jgn tak lempang..hehe..ape je ade pada duit berbanding ngn kasih sayang seorang ibu..jauhhhh lg berharga kn... :)